26.12.06

YAKIN BENAR

Si badan besar nampaknya semakin gusar dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin lama semakin menyebelahi Tuan Guru.Penulisannya di dalam "yang haram tetap haram" mendedahkan betapa terdesaknya puak-puak penentang sekarang ini.

Apa yang hendak dirisaukan kalau YAKIN di pihak benar?Si badan besar tidak sepatutnya tertekan apabila tindakan membawa persatuan ke mahkamah terjadi jika YAKIN di pihak benar.Si badan besar tidak perlu terus menerus menyalahkan Sdr Omar dan Tuan Guru atas tindakan tersebut jika YAKIN berada di jalan kebenaran.

Tetapi mengapa Si badan besar bertindak seolah-olah seperti "hilang akal" apabila mengetahui perkara ini?Kerana apa? Untuk apa merasa TAKUT dengan bakal keputusan mahkamah kelak jika YAKIN di pihak BENAR?

Bulan Januari kelak mungkin menyaksikan sejarah bakal terukir dalam perkembangan Silat Cekak.Apakah yang bakal terjadi kita serahkan bulat-bulat pada Yang Maha Kuasa..

Persatuan yang dikenderai oleh MMK (yang "maksum" kononnya) sekarang ini nampaknya betul-betul tergugat dan tercabar kedudukannya apabila program-program Silat Cekak tidak lagi diuruskan mereka.Malah keadaan persatuan anjuran MMK sekarang ini sungguh menyedihkan selepas membuat keputusan untuk 'membuang' Tuan Guru. Apa peranan MMK dalam keadaan sekarang?Selepas berhempas-pulas 'menjatuhkan' Tuan Guru,MMK terus berdiam diri seribu bahasa.

Kita harus sedar yang menghidupkan Persatuan adalah Persilatan.Kita jangan lupa sejarah Silat Cekak yang pernah bernaung di pelbagai nama Persatuan sebelum bergerak dalam Persatuan sekarang.Apabila Persatuan sudah "kehilangan" Guru,nampaknya tiada apa lagi yang dapat dilakukan.

Kita janganlah perasan diri kita hebat.Tanpa 'aku' program tak jalan.Jangan sesekali (nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan) Kita mungkin tak tahu terdapat mulut-mulut bongkak yang mengatakan Wajadiri di UPM tempoh hari tidak akan berjaya tanpa penyertaan Persatuan Pusat.Malah mengatakan Wajadiri UPM akan gagal tanpa mereka!

Siapa mereka untuk berperasaan bongkak sedemikian?Adakah tanpa mereka program tidak boleh berjalan?Sesungguhnya jika itu yang ada dalam hati kita,maka kita masih belum berjaya menghayati 'isi' Silat Cekak ini.Jika sifat keAKUan itu masih tebal,usahlah mendabik dada kononnya telah faham makna perjuangan.Biarlah 1000 tahun sekalipun sudah berkhidmat dan berjasa dengan pergerakan namun jika sifat itu masih bertapak kukuh dalam hati,usahlah mendakwa diri sudah faham dengan 'isi'.

Maka inilah yang terjadi dalam segelintir dari kita.Perasan bagus,perasan hebat dan perasan pandai.Malah perasan dialah yang lebih dari Guru Utama dalam segala segi. Maka tidak hairanlah bila berhadapan dengan krisis ini,ramai yang PERASAN ini telah KECUNDANG.FITNAH yang melanda sebenarnya bagai KAMBING HITAM sahaja.Tidak lebih sebagai 'pembuka selera' semata-mata. Buktinya jelas tertulis dan terlihat.

Kepada rakan-rakan di belakang Tuan Guru,sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia menetap dan mengekalkan kita di saf ini.Semoga krisis ini memantapkan lagi pendirian kita untuk masa hadapan..

Semoga Dia terus menetapkan hati kita..

No comments: