Tidak dapat tidak, golongan sana tetap mengatakan yang tiada penyerahan mandat perguruan oleh Almarhum kepada sesiapa pun.Walaupun mereka ini juga dahulu yang berkata sedemikian (telah kita tunjukkan BUKTI-BUKTI nya),namun sekali air bah,sekali pantai
berubah."Perjuangan" yang didakwa mereka dilakukan sesuka hati dipengaruhi akal bijak (almaklumlah ramai yang belajar tinggi) dan nafsu buas masing-masing.
Apakah perjuangan Silat Cekak itu?Apakah perjuangan Almarhum?Adakah sekadar mendaulatkan seni warisan bangsa atau membasmi tahyul kurafat dalam silat Melayu?Adakah itu sebenarnya perjuangan Silat Cekak ini?Atau adakah kalimah Tauhid bak yang dilaung-laungkan oleh mereka namun membelakangkan Guru Tauhid itu sendiri?Wallahua'lam..
Setelah berkali-kali dibangkitkan,jelas sekali yang mereka inilah yang taksub.Bukan taksubkan perjuangan,bukan taksubkan Guru yang sedia ada sebaliknya taksubkan Almarhum Guru.
Bak kata big body bai " Bolehlah dirumuskan bahawa senario itu adalah sama semasa wafatnya Muhammad SAW. Terpulanglah kepada para sahabat untuk melantik pemimpin dikalangan mereka.."
Pertamanya, bid body bai telah mengangkat Almarhum setinggi tingkat Nabi sedangkan dia juga yang tulis, "Untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian, perkara ini (sindrom mengagung-agungkan guru utama) tidak dibenarkan berlaku di zaman Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi sangat peka kepada gulungan ahli yang bersifat begini dan tahu bagaimana untuk menghadapinya dan beliau berjaya mengawal gulungan yang taksub ini."
Mungkin baru sekarang,setelah kembalinya Almarhum baru big body bai hendak mengagungkan Guru nya, yang mungkin tak pernah dia lakukan semasa hayat Almarhum.
Kedua,setelah wafatnya Nabi s.a.w,adakah kuasa sahabat itu untuk melantik Nabi seterusnya?Tidak,sebaliknya melantik Khalifah iaitu Pemimpin dan bukannya Nabi.Jika,sebagai contoh tadi,iaitu menyamakan jawatan Guru itu dengan Nabi,adakah kuasa sahabat-sahabat Guru itu untuk melantik Guru atau Pemimpin (sama seperti khalifah) semata-mata?Big body bai sendiri menggunakan perkataan "melantik 'pemimpin' di kalangan mereka.."
Maka senario yang diberikan adalah sama sekali berbeza.
Ketiga,adakah mereka yang melantik pemimpin itu benar-benar layak melantik pemimpin?Big body bai di sini cuba pula menyamakan mereka yang melantik Pemimpin itu sebagai Majlis Syura yang melantik Khalifah yang empat.Layakkah mereka?
Jawatan Nabi takkan pernah sama dengan Khalifah, dan Jawatan Guru takkan sama dengan jawatan Pemimpin.Cuma disesuatu masa,Guru dan Pemimpin adalah orang yang sama.Apabila Pemimpin itu bukanlah Guru yang sebenarnya ,maka tiadalah istimewanya Pemimpin itu.
Mereka telah diuji.Mereka telah diuji Tuhan tentang perjuangan itu sendiri. Jika dahulu di zaman Almarhum mereka boleh ikut perjuangan itu,adakah mereka mampu menurut kepada Pengganti beliau selaku Guru dan Pemimpin seterusnya?
Tidak.Kerana mereka ini terlampau berkiblatkan Almarhum.Merekalah yang taksub.Taksub pada Almarhum sehingga tidak mampu dan tidak sanggup untuk
menerima insan lain sebagai Pengganti kepada perjuangan Almarhum.Pada mereka Almarhumlah segala-galanya.Mereka meletakkan Almarhum terlampau tinggi sehingga sukar untuk diganti oleh Insan lain walaupun Anak Almarhum sendiri.Mereka tidak boleh melepaskan Almarhum sebagai Guru sedangkan Almarhum sudah kembali.
Mana mungkin kita berguru dengan Insan yang telah tiada?
Selama hampir 21 tahun ini sejak Almarhum kembali,percayalah,mereka tidak pernah menganggap pemangku (Pak Ak) dan Pengganti Almarhum (Tuan Guru yang dikasihi) sebagai Guru.Mereka hanya menganggap Pemimpin semata-mata.Tiada Guru selain Almarhum di dalam benak fikiran mereka.
Kalau tidak masakan kita boleh lihat sebelum ini, yang mereka ini susah sangat hendak "bersama Guru".Kalau semasa program-program persatuan pun boleh kelihatan masing-masing dengan hal masing-masing.Lebih tepat lagi dengan 'protege' masing-masing.
Kalau tidak masakan salah seorang dari mereka ini yang sanggup menyertai pakej umrah lain walhal rombongan umrah Tuan Guru selang tidak berapa hari.Bila di ajak tidak mahu,tup-tup dah ke Baitullah.Apa kes?
Dan percayalah,Master Joe sendiri langsung tidak akan dianggap Guru oleh mereka.Malah hendak dianggap pemimpin oleh mereka pun tidak kerana mereka sendiri yang melantik MJ.
Sedarlah.Almarhum telah lama kembali.Yang ditinggalkan adalah Pengganti iaitu Tuan Guru kita.Kita telah jelas perkara ini dahulu.Mungkin kerana itu Almarhum tidak menyatakan nama Penggantinya iaitu Tuan Guru kepada ramai anak muridnya,yang terpilih-pilih sahaja.Mungkin
Almarhum sendiri sudah dapat menilai mereka ini maka Almarhum tidak menceritakan perkara Pengganti ini kepada sembarangan orang.Yang diceritakan pun tak ramai iaitu Pemangku (Ishak Itam) dan beberapa lagi yang terpilih.Dan yang terpilih itu kesemuanya menyebelahi Tuan Guru sekarang ini.
Mereka?Mereka telah pun gagal dalam ujian ini.Mungkin sejak dahulu lagi pun mereka sudah gagal iaitu sejak dari zaman Almarhum sendiri.Sia-sia lah 'perjuangan' yang dilaungkan selama hampir 4 dekad jika begini kesudahannya.
Kalian pergilah ke Bukit Permai untuk berguru sementara kami akan mengikuti Sebenar Guru yang hidup,yang ditinggalkan Almarhum Guru.Minta maaflah kalau kami nak menerima MJ sebagai 'guru'.
Semoga Tuhan yang memiliki dan membolak-balikkan hati-hati ini terus menetapkan kita di jalan-Nya,Insya Allah..