26.6.08

Mengorak Langkah

Assalamu Alaikum..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya,mengapa para bloggers di pihak YM Tuan Guru Hj Md Radzi tidak meng'update' blog masing-masing. Seperti juga di pihak sebelah sana yang sudah menghentikan aktiviti fitnah dan tohmah mereka, sebegitu jugalah para bloggers di pihak kita yang 'berehat seketika' dari arena sastera maya ini.

Namun, kita melihat penulisan blog ini sebagai wacana untuk menyampaikan info dan maklumat tanpa terhad. Kita bebas untuk menulis apa sahaja, selagi tidak melanggar etika penulisan dan adab perguruan.

Marilah sama-sama kita terus mengorak langkah, meneruskan Perjuangan ini. Ayuh, kita bangkit dari masa 'lena' kita untuk terus mendukung Perjuangan ini di bawah naungan dan pimpinan Tuan Guru yang kita kasih dan sanjungi.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan dan membiarkan mereka. Walaupun kes saman cawangan Melaka hanya akan diketahui seawal2nya 4 Julai ini, kita seharusnya tidak terus menunggu dan menanti ibarat bulan jatuh ke riba. Kepada teman-teman yang sememangnya tidak pernah 'berehat' sejak dari krisis ini melanda, tahniah dan terima kasih diucapkan. Kerana pengorbanan Tuan Guru dan kalianlah, Institusi Perguruan ini masih terus utuh, dan tegak di bumi Allah ini.

Kita menyeru diri sendiri dan teman-teman sekelian,ayuh, kita bangkit, bersama-sama mendukung dan terus menghidupkan Institusi Perguruan ini. Kita ketepikan semua kisah-kisah perselisahan kita dengan mereka,pedulikan mereka, kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Blog anti-fitnah ini akan terus hidup untuk memberikan info-info terkini mengenai perkembangan pergerakan Perguruan kita ini, insya -Allah. Ayuh kita bangkit tunjukkan semangat kita menjelang Wajadiri 2008 di UTM Skudai Julai ini. Hidup Cekak!

Nota kaki : Semasa perjumpaan dengan YM Tuan Guru tempoh hari, Tuan Guru ada menyatakan, (secara berseloroh) kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Guru, pergilah berjumpa beliau dan menghantar borang permohonan untuk dipertimbangkan. Apa kata kalau kita sarankan kepada mereka tidak kiralah Guru Persatuan atau Guru Wawasan pergi menghadap ke bawah duli Tuan Guru, jika betul-betul 'guru-guru' ini benar-benar anak jantan.

Sementalaah lagi, sekadar pertanyaan kepada mereka, mengapa elaun Bonda Maimunah telah dikurangkan sekarang ini? Harap mendapat balasan dari kalian.