27.4.07

Dari Baitullah Ke Almarhum Ustaz Hanafi..

Tidak dapat tidak, golongan sana tetap mengatakan yang tiada penyerahan mandat perguruan oleh Almarhum kepada sesiapa pun.Walaupun mereka ini juga dahulu yang berkata sedemikian (telah kita tunjukkan BUKTI-BUKTI nya),namun sekali air bah,sekali pantai
berubah."Perjuangan" yang didakwa mereka dilakukan sesuka hati dipengaruhi akal bijak (almaklumlah ramai yang belajar tinggi) dan nafsu buas masing-masing.


Apakah perjuangan Silat Cekak itu?Apakah perjuangan Almarhum?Adakah sekadar mendaulatkan seni warisan bangsa atau membasmi tahyul kurafat dalam silat Melayu?Adakah itu sebenarnya perjuangan Silat Cekak ini?Atau adakah kalimah Tauhid bak yang dilaung-laungkan oleh mereka namun membelakangkan Guru Tauhid itu sendiri?Wallahua'lam..


Setelah berkali-kali dibangkitkan,jelas sekali yang mereka inilah yang taksub.Bukan taksubkan perjuangan,bukan taksubkan Guru yang sedia ada sebaliknya taksubkan Almarhum Guru.


Bak kata big body bai " Bolehlah dirumuskan bahawa senario itu adalah sama semasa wafatnya Muhammad SAW. Terpulanglah kepada para sahabat untuk melantik pemimpin dikalangan mereka.."


Pertamanya, bid body bai telah mengangkat Almarhum setinggi tingkat Nabi sedangkan dia juga yang tulis, "Untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian, perkara ini (sindrom mengagung-agungkan guru utama) tidak dibenarkan berlaku di zaman Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi sangat peka kepada gulungan ahli yang bersifat begini dan tahu bagaimana untuk menghadapinya dan beliau berjaya mengawal gulungan yang taksub ini."


Mungkin baru sekarang,setelah kembalinya Almarhum baru big body bai hendak mengagungkan Guru nya, yang mungkin tak pernah dia lakukan semasa hayat Almarhum.


Kedua,setelah wafatnya Nabi s.a.w,adakah kuasa sahabat itu untuk melantik Nabi seterusnya?Tidak,sebaliknya melantik Khalifah iaitu Pemimpin dan bukannya Nabi.Jika,sebagai contoh tadi,iaitu menyamakan jawatan Guru itu dengan Nabi,adakah kuasa sahabat-sahabat Guru itu untuk melantik Guru atau Pemimpin (sama seperti khalifah) semata-mata?Big body bai sendiri menggunakan perkataan "melantik 'pemimpin' di kalangan mereka.."
Maka senario yang diberikan adalah sama sekali berbeza.


Ketiga,adakah mereka yang melantik pemimpin itu benar-benar layak melantik pemimpin?Big body bai di sini cuba pula menyamakan mereka yang melantik Pemimpin itu sebagai Majlis Syura yang melantik Khalifah yang empat.Layakkah mereka?


Jawatan Nabi takkan pernah sama dengan Khalifah, dan Jawatan Guru takkan sama dengan jawatan Pemimpin.Cuma disesuatu masa,Guru dan Pemimpin adalah orang yang sama.Apabila Pemimpin itu bukanlah Guru yang sebenarnya ,maka tiadalah istimewanya Pemimpin itu.


Mereka telah diuji.Mereka telah diuji Tuhan tentang perjuangan itu sendiri. Jika dahulu di zaman Almarhum mereka boleh ikut perjuangan itu,adakah mereka mampu menurut kepada Pengganti beliau selaku Guru dan Pemimpin seterusnya?


Tidak.Kerana mereka ini terlampau berkiblatkan Almarhum.Merekalah yang taksub.Taksub pada Almarhum sehingga tidak mampu dan tidak sanggup untuk
menerima insan lain sebagai Pengganti kepada perjuangan Almarhum.Pada mereka Almarhumlah segala-galanya.Mereka meletakkan Almarhum terlampau tinggi sehingga sukar untuk diganti oleh Insan lain walaupun Anak Almarhum sendiri.Mereka tidak boleh melepaskan Almarhum sebagai Guru sedangkan Almarhum sudah kembali.


Mana mungkin kita berguru dengan Insan yang telah tiada?


Selama hampir 21 tahun ini sejak Almarhum kembali,percayalah,mereka tidak pernah menganggap pemangku (Pak Ak) dan Pengganti Almarhum (Tuan Guru yang dikasihi) sebagai Guru.Mereka hanya menganggap Pemimpin semata-mata.Tiada Guru selain Almarhum di dalam benak fikiran mereka.


Kalau tidak masakan kita boleh lihat sebelum ini, yang mereka ini susah sangat hendak "bersama Guru".Kalau semasa program-program persatuan pun boleh kelihatan masing-masing dengan hal masing-masing.Lebih tepat lagi dengan 'protege' masing-masing.

Kalau tidak masakan salah seorang dari mereka ini yang sanggup menyertai pakej umrah lain walhal rombongan umrah Tuan Guru selang tidak berapa hari.Bila di ajak tidak mahu,tup-tup dah ke Baitullah.Apa kes?


Dan percayalah,Master Joe sendiri langsung tidak akan dianggap Guru oleh mereka.Malah hendak dianggap pemimpin oleh mereka pun tidak kerana mereka sendiri yang melantik MJ.


Sedarlah.Almarhum telah lama kembali.Yang ditinggalkan adalah Pengganti iaitu Tuan Guru kita.Kita telah jelas perkara ini dahulu.Mungkin kerana itu Almarhum tidak menyatakan nama Penggantinya iaitu Tuan Guru kepada ramai anak muridnya,yang terpilih-pilih sahaja.Mungkin
Almarhum sendiri sudah dapat menilai mereka ini maka Almarhum tidak menceritakan perkara Pengganti ini kepada sembarangan orang.Yang diceritakan pun tak ramai iaitu Pemangku (Ishak Itam) dan beberapa lagi yang terpilih.Dan yang terpilih itu kesemuanya menyebelahi Tuan Guru sekarang ini.


Mereka?Mereka telah pun gagal dalam ujian ini.Mungkin sejak dahulu lagi pun mereka sudah gagal iaitu sejak dari zaman Almarhum sendiri.Sia-sia lah 'perjuangan' yang dilaungkan selama hampir 4 dekad jika begini kesudahannya.


Kalian pergilah ke Bukit Permai untuk berguru sementara kami akan mengikuti Sebenar Guru yang hidup,yang ditinggalkan Almarhum Guru.Minta maaflah kalau kami nak menerima MJ sebagai 'guru'.


Semoga Tuhan yang memiliki dan membolak-balikkan hati-hati ini terus menetapkan kita di jalan-Nya,Insya Allah..


26.4.07

KENAPA BUKAN MASTER JOE YANG DILANTIK SEBELUM-SEBELUM INI?

Kita mendapat tahu Master telah pun mula mengijazahkan murid-muridnya di sebuah kolej di sekitar 'wilayah mereka'.

Siap ada gambar lagi dalam laman web mereka.

Perkara ini (ijazah bergambar) tidak pernah berlaku semasa mereka 'menerima' YM Tuan Guru kita.Kemaruk sangat mereka dengan Master mereka ini.Lepas ni kalau Master pergi berak kat jamban pun jangan lupa laporkan di cekakhanafi.com ya pak kadin oii.Nasib baiklah tak
ramai semasa ijazah.Kalau dekat 100 orang mahu 'masak' kaki Master nak duduk lamalama.Almaklumlah,pinggang dan lutut dah season.Kaki pula ada masalah..

Kita juga mendapat tahu siapa gerangan yang bertanggung jawab 'mencadangkan' Master semasa mesyuarat MMT tempoh hari.Rupanya Datuk K Ce punya peranan.Di sokong pula oleh si penulis surat yang dipaparkan di post sebelum ini.

Apa punya pembelit daa.Sendiri cakap.Sendiri pusing.

Saya ingin mengajak tuan-tuan pelayar semua berfikir sejenak.

Jika benar MMTlah yang bertanggung jawab 'melantik' Guru Utama Silat Cekak,mengapa Master Joe (MJ) ini tidak 'dilantik' sebelum ini lagi,jika benarlah MJ ini LAYAK.Mengapa Ishak Itam yang 'dilantik' selepas 40 hari pemergian Almarhum?Mengapa bukan MJ yang
'dilantik' oleh MMT selepas Ishak Itam hilang kelayakan sebagai Guru Utama?

Mengapa MMT 'melantik' Ishak Itam dan Tuan Guru?Dan bukannya MJ walhal kita tahu MJ ini pun sudah lama dalam pergerakan.

Kerana kuasa MMT bukanlah 'melantik' Guru Utama sebaliknya mencadang dan mengisytiharkan Guru Utama.Mencadang bermaksud di sini ialah untuk mempertimbangkan jika ada tuntutan jawatan Guru Utama oleh individu yang berlainan,seperti yang telah kita ulas
dahulu.Maka di sinilah peranan MMT semasa Ishak Itam menuntut jawatan sebagai Pemangku Guru Utama dahulu.MMT mempertimbangkan tuntutan Ishak Itam.Oleh kerana tiada tindihan tuntutan,mudahlah kerja MMT.Kerana apa tiada pertindihan?Kerana memang BENAR Almarhum menyerahkan mandat perguruan kepada Ishak Itam sahaja, beserta dengan syarat-syaratnya seperti yang kita sedia maklum.

Tetapi mereka ini lain sikit.Kalau mereka tidak terima sesuatu dari Almarhum,maka mereka anggap tiada.Kalau mereka tidak dapat petua sekian-sekian,mereka kata tiadalah petua tu.Sekarang pasal mandat pula.Bila mereka tidak terima,maka tiadalah mandat itu.Banyak cantik muka hang.

Sambung balik.Selepas Ishak Itam hilang kelayakan,tugas MMT juga mudah kerana Tuan Guru tampil menuntut Hak sebagai Guru Utama,cukup dengan
bukti bertanda tangan dan rakaman audio perbualan tentang penyerahan mandat dari Ishak Itam yang telah berlaku.Maka sekali lagi MMT hanya menjalankan tugas 'mengisytiharnya'.

Kalau kita teliti dan perhatikan,tugas-tugas MMT sebelum ini SECARA LANGSUNG memang berkisar pada Mandat Perguruan iaitu Penyerahan Mandat itu sendiri.Ishak Itam diisytihar kerana dia menuntut Mandat.Tuan Guru juga diisytihar sebagai Guru kerana Beliau
bermandat.Bukan seperti dakwa big body bai yang MMT mencadangkan Nama Guru Utama sebelum-sebelum ini.Siap menyamakan MMT macam Sahabat Nabi s.a.w lagi dalam memilih Khalifah.

Tetapi kali ini ia jauh berbeza.Guru Utama yang diisytihar tidak sama sekali bermandat.Tidak sama sekali layak.

Seperti yang kita renungkan
tadi,

KENAPA BUKAN MASTER JOE YANG DILANTIK SEBELUM-SEBELUM INI?KENAPA BARU SEKARANG JIKA BENAR MMT BERKUASA "MELANTIK" GURU UTAMA?

Kerana tindakan merekalah yang jauh lari dari perjuangan Almarhum.Dengan terang dan jelas,merekalah yang BERBOHONG dan MEMUTAR BELITKAN FAKTA demi kepentingan sendiri.

Klausa bidang kuasa MMT dalam perlembagaan iaitu 'mencadang dan mengisytihar Guru Utama' adalah rekaan mereka juga.Mungkin sejak 1994 lagi mereka ini telah pun berniat hendak menggulingkan Guru bila kini mereka kelihatan menyalahgunakan klausa tersebut.Sepatutnya klausa 'mempertimbangkan pertindihan tuntutan (jika ada) dan mengisytihar' adalah lebih sesuai.Mungkin.

Mungkin kesilapan masa lampau kita yang terlalu mengangkat mereka ini,sehingga mereka perasan terlebih sudu dari kuah.Mereka terlalu perasan bahawa merekalah nadi perjuangan Silat Cekak.Tanpa mereka tiadalah Silat Cekak, fikir mereka.Maka kini mereka boleh lakukan
apa yang mereka suka kerana mereka fikir merekalah yang mencorak perjalanan perjuangan ini.

Mungkin benar dari segi perlembagaan dan undang-undang mereka kelihatan 'menang' setakat ini.Tetapi adakan tindakan mereka ini memenangi sanubari ahli-ahli sekeliannya?Jika mereka tidak mahu terima,masih ramai lagi yang bersama Tuan Guru kita.Malah lebih ramai
lagi dari mereka.Maka sebab itulah mereka bersungguh-sungguh menyekat suara dan pandangan ahli.Mereka sekat Tuan Guru dari
menjalankan majlis ijazah dengan alasan bukan lagi Guru yang diterima Persatuan.Mereka sebarkan surat-surat kenyataan ke Pusat-pusat Latihan.

Kalau dulu mereka boleh kemukakan surat dari Pusat Islam mengenai salah laku
Ishak Itam,kini mereka tidak boleh lakukan banyak perkara kerana dakwaan terhadap Tuan Guru tak juga-juga polis selesaikan. (polis pun mungkin malas nak amik pot kerana benda tak cukup bukti)

Mungkin mereka punya kuasa (persatuan) dan kewangan. Tetapi mereka tidak punya KEBENARAN.Mereka tak punya KEPERCAYAAN ahli-ahli secara majoriti.Dan yang paling penting Pewaris Almarhum dan Sebenar-benar Guru iaitu Tuan Guru sendiri sudah
tentu tidak bersama mereka.Tindakan mereka sekarang tidak lain tidak bukan adalah untuk MENJAHANAMKAN perjuangan Silat Cekak ini.

Percayalah,KEBENARAN tetap mengatasi yang BATIL.Kita tidak tahu bila,mungkin esok,mungkin bulan seterusnya atau tahun selanjutnya.Mungkin sudah tidak ada jodoh lagi kita dengan mereka.Biarkanlah mereka seperti kita membiarkan Kalimah dan Cekak
Malaysia dahulu...

Nota: Sebuah lagi blog untuk tatapan semua iaitu Blog Suara Hanafi di http://suarahanafi.blogspot.com

9.4.07

Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena 2

Kata itu kota, Kata bersandarkan BUKTI dan FAKTA

Kita telah lihat sendiri kata-kata kedua-dua NP tentang MANDAT PERGURUAN.Kedua-dua mereka adalah ahli MMT.

Sekarang kita lihat pula penulisan salah seorang ahli MMT yang turut memperkatakan tentang MANDAT PERGURUAN..






Bagaimana? Tepuk dada,tanya selera.

Siapa PEMBELIT? Siapa yang cakap BERBOLAK-BALIK?

Buktinya telah ada,dan sedia dipaparkan.

Big body Bai, bila lagi? Jangan pandai bercakap sahaja..

Untuk muat turun file surat ini dalam format .pdf, klik sini:

Surat 1

Surat 2

4.4.07

UCAPAN MASTER SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN MASTER

YANG SAYA KASIHI SAHABAT-SAHABAT SAYA NAIB-NAIB PRESIDEN, TUAN HJ MD NASIR BIN MD ARSHAD, TUAN HJ AMRUDIN BIN HJ BUANG, YANG BERUSAHA, SAUDARA RAMLEE BIN ABDUL RAHMAN, SETIAUSAHA AGUNG, AHLI-AHLI MMT, AHLI-AHLI MMK, BARISAN PENDOKONG SILAT CEKAK HANAFI, BARISAN PENYELIA-PENYELIA DAN TENAGA PENGAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN

ASSALAMU ALAIKUM W.B.T.

PERTAMANYA MARI SAMA-SAMA DIPANJATKAN SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T KERNA DIATAS KURNIANYA SERTA DENGAN BERKAT KEKASIHNYA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W KITA DAPAT BERKUMPUL PADA HARI INI SETELAH SETAHUN 21 HARI KITA TERPAKSA BERGELUT DENGAN SITUASI DALAMAN PERSATUAN YANG TIDAK KERUAN.

NAMUN ALHAMDU LILLAH BERKAT KESABARAN ANTARA KITA, BERKAT KEBENARAN YANG KITA TEGAKKAN, BERKAT KEYAKINAN KITA KEHADRAT ALLAH YANG MAHA AGUNG AKHIRNYA PERKARA YANG KUSUT DAPAT KITA RONGKAIKAN DENGAN PENUH HIKMAH DAN KETAKWAAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN,

SAYA BERDIRI DI SINI BERSAMA SATU TANGGUNGJAWAB YANG CUKUP BESAR DAN AMANAH YANG AMAT BERAT.... BAK KATA ORANG TUA-TUA BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. NAMUN SAYA PERCAYA KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN MENANDAKAN SOKONGAN KITA TERHADAP PERJUANGAN SUCI YANG DIASASKAN OLEH ALMARHUM USTAZ HANAFI ITU SENDIRI. ATAS PERJUANGAN SUCI INI JUGALAH SAYA BERSEDIA DENGAN SEPENUH HATI UNTUK MENERIMA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI.

SAYA MEMOHON RESTU DAN SOKONGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK BERSAMA-SAMA KITA BANGKIT DARI KELESUAN AKAL DAN KETAKSUBAN BUDI YANG MEMBELENGGU KITA SELAMA INI. KITA HARUS BANGUN DARI KEDAIFAN KITA MENILAI DIRI UNTUK MENGENAL YANG MANA PERMATA DAN YANG MANA KACA. PERCAYALAH PERJUANGAN USTAZ HANAFI MASIH PANJANG DAN JAUH. JIKA KITA MASIH MENONGKAT DAGU DALAM ERTI KATA MASIH BERFIKIR DAN HANYUT DALAM KEJAYAAN KHAYALAN KITA, ORANG LAIN TELAH JAUH BERLARI MENCAPAI KEJAYAAN. TINGGALLAH KITA TERMANGGU-MANGGU MEMIKIRKAN DIMANA SILAP DAN SALAH KITA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS KEPECAYAAN DAN KEYAKINAN YANG DIBERIKAN OLEH BARISAN MMT DAN MMK KERANA MELANTIK SAYA SEBAGAI GURU UTAMA SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI. SEMEMANGNYA SAYA SENDIRI TIDAK PERNAH MEMBAYANGKAN DIRI SAYA BERDIRI DISINI SEBAGAI GURU UTAMA. INI SATU TUGAS YANG BESAR DAN SAYA MEMERLUKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA DARI SEMUA PERINGKAT BAGI MENJAYAKAN DAN MEMBANGUNKAN SILAT INI.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PIHAK KHASNYA BARISAN MMT UNTUK SAMA-SAMA KITA TURUN PADANG DAN BERGERAK BERSAMA-SAMA MEMBETULKAN AHLI-AHLI YANG KELIRU DALAM PERJUANGAN PERSATUAN INI. SAYA JUGA MENYERU KEPADA BARISAN MMK AGAR TERUS KEKAL DAN BERUSAHA MEMARTABATKAN KEMBALI MARUAH PERSATUAN KITA YANG TERCEMAR KERANA SETITIK NILA. BEGITU JUGA SAYA MENYERU KEPADA BARISAN PENYELIA DAN TENAGA PENGAJAR SEKALIAN JANGANLAH KITA MUDAH GOYAH DAN PUTUS ASA MELIHAT PERJUANGAN INI PINCANG DEK KERANA KERAKUSAN INDIVIDU TERTENTU. SEHARUSNYA KITA MELATIH JIWA KITA AGAR KENTAL MENGHADAPI APA JUA RINTANGAN DAN HALANGAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

PENGLIBATAN SAYA DIDALAM SILAT INI AMAT UNIK. SAYA MENGENALI USTAZ HANAFI TERLEBIH DAHULU DARIPADA MEMPELAJARI SILAT INI. SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT SAYA BERASA AMAT BERUNTUNG APABILA MELALUI PENGALAMAN YANG UNIK DENGAN BELIAU. RAMAI SAHABAT-SAHABAT SAYA PADA KETIKA ITU BERUBAH PERIBADI MENJADI BAIK DISEBABKAN PERIBADI DAN PEMBAWAAN USTAZ HANAFI YANG JELAS DALAM MATLAMAT HIDUPNYA. PERWATAKAN BELIAU YANG MUDAH BERGAUL TANPA MENGIRA USIA DAN PANGKAT MENJADIKAN KAMI PADA KETIKA ITU RASA MESRA DAN MENYANJUNG TINGGI SIFAT, PEMBAWAAN DAN KEPIMPINAN BELIAU. SELAMA 30 TAHUN SAYA MELIHAT SILAT INI BERKEMBANG DAN MELALUI DETIK-DETIK SUKAR DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN. NAMUN IANYA BUKANLAH BERMAKNA KITA SUDAH BERPUAS HATI MAHU PUN BERALAH DENGAN APA JUA PERISTIWA YANG BERLAKU. SELAYAKNYA KITA BANGKIT SEMULA DAN MAJU TANPA UNDUR UNTUK NUSA DAN BANGSA.

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM BERSERTA SEMANGAT JUANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK KITA MENANAMKAN TEKAD MEMBANGUNKAN SILAT INI KE TAHAP YANG DI IMPIKAN OLEH YANG MULAI USTAZ HANAFI. MARI SAMA-SAMA KITA BERGANDING BAHU, BERDIRI SAMA TINGGI DAN MELANGKAH SAMA GAGAH MENJULANG MARTABAT DAN BUDAYA BANGSA MELAYU.

BAK KATA PANTUN MELAYU

BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BELANG DI KAKI,
JIKA BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

CEKAK HANAFI WARISAN MUTLAK
PAKAIAN PANGLIMA MELAYU JATI
CEKAK TANGKIS TANPA MENGELAK
MEMBINA DIRI MENJUNJUNG BUDI

MARI SAMA-SAMA KITA TANAMKAN TEKAD DAN PADUKAN USAHA MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN DIRI DAN ANAK BANGSA KITA AGAR MENJADI BANGSA YANG BERDAULAT DAN BERMARUAH.

MOGA USAHA MURNI KITA KALI INI DIBERKATI DAN SENTIASA DIBAWAH NAUNGAN DAN LINDUNGAN ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.


SEKIAN WASSALAMU ALAIKUM W.B.T.


Nota kaki: Terima kasih diucapkan kepada 'orang atas' di sebelah sana kerana menyumbangkan teks ucapan Master yang baru diisytiharkan. 'Orang atas' ini merupakan 'high profile person in charge' yang sama-sama menghadiri majlis tersebut.

Semoga kita dapat menilai sendiri pegangan Master 'kita' ini melalui ucapan sulungnya.

3.4.07

10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Master

1. Master yang dilantik baru-baru ini berasal dari Kuala Lumpur.Anak jati K.L,menetap lama di Pahang.

2. Diijazahkan khas berseorangan oleh Almarhum Gurunya (konon macam special la jugak..konon laa).Menerima ilmu beladiri yang dimaksudkan (Jurulatih) dari salah seorang yang sekarang ini melantiknya menjadi Master
(salah seorang dari NP)

3. Pernah menjadi otai (lebih kurang macam otai lawak Astro la sekarang nih) di kawasan sekitar Kuala Lumpur (Chow Kit) sebelum diambil dan dididik oleh Almarhum Gurunya.

4. Sangat susah mempercayai orang.Di sebutkan dahulu dia hanya boleh mendengar kata 2 orang sahaja iaitu Gurunya dan Jurulatihnya (yang mengajarnya dahulu).Tetapi lebih kepada Jurulatihnya berbanding Guru.

5. Sangat payah mempercayai orang dalam mentadbir dan menjalankan tugas-tugas persatuan semasa menjadi Penghulu di sebuah negeri dahulu.Sehingga tugas menghantar surat kepada ajk pun dilakukan oleh beliau.(kira Penghulu merangkap Posmen cawangan laa..)

6. Pernah hampir 'terjebak' dalam melakukan perkara yang dilarang agama namun sempat 'diselamatkan' oleh Almarhum Gurunya.Dikatakan hanya tinggal nak 'masukkan keris dalam sarung' tapi ternampak wajah Almarhum
Gurunya.Terus terbantut..

7. Bila bercakap susah nak berhenti.Umpama 'mencari bustop tapi tak berjumpa'.Tapi inti perbualannya berkisar-kisar itu juga.Lagi banyak habuk lah kiranya.

8. Tak berapa 'cerdik' kerana sangat mentaati bekas Jurulatihnya (dulu) dan mudah sangat mengikut kata bekas Jurulatihnya itu.(bawah sikit level burung kakak tua yang mengajuk kata-kata ketua lanun)

9. Tak sempat nak beli baju warna lain atau baju pattern lain (sebagai melambangkan dia ni Master) semasa majlis dia diisytiharkan sebagai Master.Tak nampak langsung dia ni lain dari yang lain masa majlis tu.Yang nampak lain bekas Jurulatihnya yang pakai baju berkilat. (Tanda la tuu..)

10. Kerap sakit-sakit,terutamanya pada anggota kaki.

Tahniah kepada murid-murid Master sekelian.

Jangan lupa untuk renew mandat Master setiap tahun,menjelang 12 rabiul Awal..

Taat ke Master membawa berkarat,
Banyak belajar sedikit pun tak dapat,
Jika menderhaka memang tak mudarat,
Semua ilmu memang tak pernahnya nak lekat.
(dah tak berkat!)