28.12.06

28 Dis 1965 - 28 Dis 2006

Membaca tulisan si din kaduk hari ini (28 Dis 2006) seolah-olah menggambarkan keadaannya yang dia pun selama ini sebenarnya bukanlah tahu sangat pasal 'cerita dan kisah' yang dia sendiri sampaikan sebenarnya.

Setiap perenggan dimulakan dengan "Bohong lagi?? entahlah.." menunjukkan yang dia sendiri pun TIDAK YAKIN dengan apa yang disampaikan.Pakai hantam keromo sajalah.Janji misi tercapai, ye din?

Ingatkan si badan besar sahaja yang takut dengan tindakan menyaman Persatuan,rupa-rupanya si din kaduk ini pun takut juga.Ni awat hangpa takut naa ni?Siapa suruh MMK tolak permintaan EGM cawangan-cawangan yang meminta?Dari dulu lagi MMK dengan puak-puak penentang ini memang takut dan fobia betul dengan EGM.

Kalau tak silaplah,kalau krisis 1993 dahulu kedua-dua pihak memang menanti-nantikan EGM.Bagaimanapun,keputusannya tidak menyebelahi pihak Tuan Guru menyebabkan kita terpaksa bergerak dengan jentera baru sekarang.

Tapi kenapa sekarang pihak yang satu lagi ini begitu fobia dan "trauma" dengan EGM?Apa yang hendak dirisaukan?Sila kita lihat kembali video 'Menegak Kebenaran' ucapan dari salah seorang dari yang terlibat waktu itu (bukan Tuan Guru). Beliau dengan begitu semangat menerangkan situasi krisis 1993 sehingga Mahkamah menetapkan tarikh muktamad EGM dan akhirnya pasrah dengan keputusan yang tidak memihak.Menurut Beliau lagi,yang penting kita telah berusaha.Kita harap kali ini beliau pun turut berusahalah macam dulu.Tidak kiralah apa pendirian beliau sekarang ini.

Masa krisis 1993 dulu,si din tak nak pula cakap kemenangan pihak 'ustad' Ak menandakan sesuatu?Tak nak pula cakap sejak waktu itu lagi Tuhan dah beri 'alamat'?Pelik juga kenapa si din tak cakap macam itu?Takut kena batang hidung sendiri kot?

Lawak sungguh si din bila kata:


"Apa punya bohong ?? ya kahh? entah!! itu lah banyak perkara perkara pelik pelik yang berlaku kini, Johor boleh banjir paling teruk kali ini "mungkin" kerana berkat 'guru' yang pernah tiggal disitu dan bermentuakan orang Johor telah hilang "berkat" atau mungkin kerana ramainya pengikut pengikut yang "sangat sangat" disini agaknya maklumlah "guru hebat" dugaannya pun hebatlah juga yee, kerana kebodohan si Dol tadi maka Melaka pun terbabit banjir yang sebelum nih tak lah ketara sangat kalau berlaku banjir pun begitu juga dengan N.Sembilan gara gara suka hati mak bapak dia sahaja nak laknatkan dan "memberokkan" orang kan dah banjir.."

-
Si din

Wah,sebab satu pergerakan habis 3 negeri kena "bala" ya din?Ni mana punya fahaman mengarut ni,sapa ajar?Abdul Wahib ke Datuk K? Pahang yang banjir sama kau tak kaitkan pula ye?(Yalah sebab ada orang dia kat sana,takkan nak kaitkan jugak!)

Kalau macam itulah kau punya tanggapan "mungkin",tak hairanlah macam-macam lagi yang boleh kau "mungkin" kan. Negeri-negeri lain pun majoriti di belakang Tuan Guru, Alhamdu lillah tidak berlaku apa-apa.

Dasyat betul kau ni din.Orang macam kau ni memang bahaya kalau ada dalam pergerakan.Nasib baiklah kau ni "tertapis".

Ada Tuan Guru ajar kita menghukum macam itu?(kalau 'ustad' Ak memang ada,si din berguru dengan 'ustad' Ak la ni!) Kita masih ingat salah seorang ahli kita yang ditimpa kemalangan tempoh hari.Ada Tuan Guru kata apa-apa waktu itu?Tuan Guru siap pergi melawat lagi di hospital walaupun ahli tersebut dikatakan tidak memihak Tuan Guru.Macam ini punya bagus peribadi kalian puak penentang boleh kata macam-macam?Aku tak faham betullaa..

Apa yang kalian mahu sebenarnya?Apa matlamat kalian dalam pergerakan ini?Cuba renungkan kembali apa motif kalian membantu pergerakan selama ini?Adakah tindakan kalian akhir-akhir ini membantu untuk mencapai matlamat awal kalian?Renungkanlah..Nasi sudah hampir menjadi bubur.Segeralah kembali,kembali ke matlamat awal kalian.Jangan bertuankan Nafsu,jangan ikutkan kemahuan hati.Ikutlah kemampuan akal,ilmu dan iman..

Semoga sempena 28 Disember 2006 ini 'membuka' kembali 'hati-hati' yang telah 'tertutup'..
Insya Allah..

Nota kaki : Menurut keputusan MMK tempoh hari, khidmat sms Pesan Guru akan ditamat dan dihentikan. Tapi kita hairan apabila di hantar sms ke 33733 sistem tersebut masih menghantar jawapan seolah-olah sistem itu masih aktif. "Sila Taip PG 71 dan Hantar ke 33733" . Begitulah balasan yang diterima dari sistem tersebut. Sekadar bertanya,adakah kita sebagai klien boleh sesuka hati menamatkan perkhidmatan dengan pembekal teknologi iaitu Core Allied?Bukankah sesuatu kerjasama sepatutnya perlu ada Perjanjian?Dan apakah kandungan Perjanjian tersebut?Harap ada "pihak" sudi tampil memberi penjelasan.

26.12.06

YAKIN BENAR

Si badan besar nampaknya semakin gusar dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin lama semakin menyebelahi Tuan Guru.Penulisannya di dalam "yang haram tetap haram" mendedahkan betapa terdesaknya puak-puak penentang sekarang ini.

Apa yang hendak dirisaukan kalau YAKIN di pihak benar?Si badan besar tidak sepatutnya tertekan apabila tindakan membawa persatuan ke mahkamah terjadi jika YAKIN di pihak benar.Si badan besar tidak perlu terus menerus menyalahkan Sdr Omar dan Tuan Guru atas tindakan tersebut jika YAKIN berada di jalan kebenaran.

Tetapi mengapa Si badan besar bertindak seolah-olah seperti "hilang akal" apabila mengetahui perkara ini?Kerana apa? Untuk apa merasa TAKUT dengan bakal keputusan mahkamah kelak jika YAKIN di pihak BENAR?

Bulan Januari kelak mungkin menyaksikan sejarah bakal terukir dalam perkembangan Silat Cekak.Apakah yang bakal terjadi kita serahkan bulat-bulat pada Yang Maha Kuasa..

Persatuan yang dikenderai oleh MMK (yang "maksum" kononnya) sekarang ini nampaknya betul-betul tergugat dan tercabar kedudukannya apabila program-program Silat Cekak tidak lagi diuruskan mereka.Malah keadaan persatuan anjuran MMK sekarang ini sungguh menyedihkan selepas membuat keputusan untuk 'membuang' Tuan Guru. Apa peranan MMK dalam keadaan sekarang?Selepas berhempas-pulas 'menjatuhkan' Tuan Guru,MMK terus berdiam diri seribu bahasa.

Kita harus sedar yang menghidupkan Persatuan adalah Persilatan.Kita jangan lupa sejarah Silat Cekak yang pernah bernaung di pelbagai nama Persatuan sebelum bergerak dalam Persatuan sekarang.Apabila Persatuan sudah "kehilangan" Guru,nampaknya tiada apa lagi yang dapat dilakukan.

Kita janganlah perasan diri kita hebat.Tanpa 'aku' program tak jalan.Jangan sesekali (nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan) Kita mungkin tak tahu terdapat mulut-mulut bongkak yang mengatakan Wajadiri di UPM tempoh hari tidak akan berjaya tanpa penyertaan Persatuan Pusat.Malah mengatakan Wajadiri UPM akan gagal tanpa mereka!

Siapa mereka untuk berperasaan bongkak sedemikian?Adakah tanpa mereka program tidak boleh berjalan?Sesungguhnya jika itu yang ada dalam hati kita,maka kita masih belum berjaya menghayati 'isi' Silat Cekak ini.Jika sifat keAKUan itu masih tebal,usahlah mendabik dada kononnya telah faham makna perjuangan.Biarlah 1000 tahun sekalipun sudah berkhidmat dan berjasa dengan pergerakan namun jika sifat itu masih bertapak kukuh dalam hati,usahlah mendakwa diri sudah faham dengan 'isi'.

Maka inilah yang terjadi dalam segelintir dari kita.Perasan bagus,perasan hebat dan perasan pandai.Malah perasan dialah yang lebih dari Guru Utama dalam segala segi. Maka tidak hairanlah bila berhadapan dengan krisis ini,ramai yang PERASAN ini telah KECUNDANG.FITNAH yang melanda sebenarnya bagai KAMBING HITAM sahaja.Tidak lebih sebagai 'pembuka selera' semata-mata. Buktinya jelas tertulis dan terlihat.

Kepada rakan-rakan di belakang Tuan Guru,sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia menetap dan mengekalkan kita di saf ini.Semoga krisis ini memantapkan lagi pendirian kita untuk masa hadapan..

Semoga Dia terus menetapkan hati kita..

23.12.06

Bangkitnya Putera Hanafi

Mungkin ramai yang telah lupa..

Saksikanlah Bangkitnya..Putera Hanafi

di sini

22.12.06

Aktiviti Silat Cekak

Untuk makluman semua ,Majlis Kesyukuran Sempena Kelahiran Silat Cekak akan diadakan pada:

  • 28 Dis 2006 (Khamis)
  • Rumah Persatuan Kg Dato Keramat
  • Jam 8.00 Malam
Marilah kita bersama-sama meramaikan Majlis tersebut.

Juga program Ibadah Korban akan diadakan pada:

  • 1 Jan 2007 (Isnin)
  • Rumah Persatuan Kg Dato Keramat
Sehubungan dengan 2 program berkenaan, satu program Gotong Royong Perdana akan diadakan di Rumah Persatuan Kg Dato Keramat pada hari Ahad 24 Dis 2006 bermula jam 9.00 pagi.Marilah kita bersama-sama menjayakan program-program ini.

Untuk pengetahun, Kelas Kemahiran juga di adakan di Rumah Persatuan Kg Dato Keramat pada setiap Sabtu malam bermula jam 9.00 malam.Kepada ahli-ahli yang berminat dan berkelapangan,silalah hadir.

19.12.06

Dakyah dan Propaganda - Samb.

Peraturan 21
Perlembagaan Persatuan dengan jelas MENYATAKAN:

Majlis Muafakat Tertinggi ini adalah dianggotai oleh mereka yang mana-mana tersusun mengikut senarai seperti di jadual 1 undang-undang ini di mana majlis ini mempunyai kuasa-kuasa yang berikut :-

(a) Untuk MENCADANGKAN dan MENGISYTIHARKAN Guru Utama Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi apabila kekosongan jawatan Guru Utama berlaku atas sebab kematian atau hilang kelayakan seperti peruntukan Peraturan 23.
Guru Utama ialah jawatan yang tertinggi guru yang bertanggungjawab mengajar Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi kepada ahli-ahli persatuan dan akan mempegerusikan Lembaga dan Tatatertib seperti di Peraturan 22.


Ini bertentangan seperti yang ditulis si din dalam postingnya Bani Hanafi Yang Pupus - 3 iaitu:

Seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, Mad Radhi sebenarnya tidak ada mandat untuk melantik guru. Malah perlantikan beliau sendiri adalah atas perlantikan oleh Majis Muafakat Tertinggi (MMT). Sebenarnya salahsilah perguruan yang menuruti tradisi penurunun mandat perguruan dari guru kepada guru yang lain telah terhenti tatkala Ustaz Hanafi meninggal dunia. Tradisi itu telah terhenti sejak hampir 21 tahun yang lalu. Yang berlaku selepas era Ustaz Hanafi adalah perlantikan guru melalui proses musyawarah yang diwujudkan melalui MMT. Jika kita faham tentang perkara yang berkenaan, maka kita akan maklum bahawa guru baru yang akan dilantik nanti TIDAK PERLU mendapatkan mandat tersebut dari Mad Radhi. Malah Mad Radhi tidak ada mandat tersebut. Habis, siapa yang ada mandat tersebut? Yang ada mandat perlantikan guru adalah majlis yang sama yang melantik Ishak Itam dan Mad Radhi iaitu Majlis Muafakat Tertinggi (MMT). Majlis inilah yang mempunyai mandat sebenarnya selepas era pemerintahan Ustaz Hanafi!..
-Si din

Bukankah di posting yang lepas di blog anti-fitnah ini telah ditulis akan kemungkinan ini?Nah,sudah terang lagi bersuluh yang puak-puak penentang ini semakin lari jauh dari jalan perjuangan ini!

Bukankah MMT yang diwujudkan atas dasar hendak mengkaji tuntutan Ishak Itam terhadap mandat perguruan selepas 40 hari Almarhum kembali ke Rahmatullah? Jika Ishak Itam tidak datang menuntut mandat perguruan,akan wujudkah MMT?

Kita jangan silap faham dengan peranan dan kuasa MMT.MMT TIDAK PUNYA kuasa untuk MELANTIK guru.Kita harus ingat itu. (Jauh sekali MMK,lagi lah tidak ada kena mengena untuk menyoalkan isu Guru). MMT berkuasa HANYA untuk MENCADANG dan MENISYTIHARkan Guru.

Kita andaikan begini. Tugas MMT pada tahun 1986 adalah agak mudah kerana yang datang menuntut mandat perguruan hanyalah Ishak Itam yang mengatakan Almarhum menyerahkan mandat tersebut selaku Pemangku.Tugas MMT akan menjadi agak sukar sedikit sekiranya, muncul 3 orang sebagai contoh, mengatakan perkara yang sama seperti yang dikatakan Ishak Itam iaitu menerima mandat guru dari Almarhum. Maka MMT akan mengkaji tuntutan mana yang benar sama ada Ishak Itam, si A atau si B. Di sinilah tugas dan kuasa MMT seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan untuk perkataan MENCADANG tersebut.

Tetapi di dalam sejarah sejak MMT wujud,tidak pernah berlaku sebarang pertindihan tuntutan mandat perguruan baik pada tahun 1986 apatah lagi pada tahun 1993.Maka disinilah yang dilihat SEOLAH-OLAH MMT itu mempunyai KUASA untuk MELANTIK Guru sedangkan bukan sebegitu! Kita kena JELAS dan FAHAM perkara ini!

Isu mempertikaikan sama ada Almarhum menyerahkan mandat perguruan sebagai pemangku kepada Ishak Itam tidak harus timbul sama sekali!Apatah lagi untuk mempertikaikan mandat perguruan yang ada pada Tuan Guru Md Radzi !

Si din cuba memesongkan sejarah yang telah lama berlalu.Sejarah tetap akan menjadi FAKTA dan tidak mungkin sejarah digantikan dengan fitnah,dakyah dan propaganda busuk puak-puak penentang.

Lihatlah betapa durjananya puak-puak penentang ini.Sedangkan salasilah perguruan itu sendiri mereka juga yang khabarkan pada semua selama ini,tetapi kini dengan selambanya menyatakan salasilah perguruan berakhir sejak dari zaman Almarhum!Yenadei Porengge!

Si din cuba mengelirukan kita! Inilah yang dinamakan dakyah dan propaganda!

Dalam duk si din mengatakan MMT mempunyai mandat perguruan ( 1 bahagi 21 ke din? ramai naaa Guru Silat Cekak?) kita tertanya-tanya juga,siapa pula yang melantik ahli MMT ini? Apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang ahli MMT? Seperti yang kita maklum,seluruh keluarga Almarhum adalah ahli MMT.Malangnya si din telah 'membuang' seluruh keluarga Almarhum.Apakah keadaannya bila kredibiliti MMT itu sendiri yang dipertikaikan?Adakah ahli MMT dilantik oleh Almarhum?Dan soalan pokoknya sekarang,siapa sebenarnya yang 'melantik' ahli MMT? Adakah ahli MMT selain dari keluarga Almarhum itu layak memegang jawatan untuk 'melantik' Guru?Berdasarkan apa yang dikatakan layak?

Jika MMT mempunyai kuasa untuk 'melantik' Guru,maka tiada istimewanyalah 'Guru' yang dilantik MMT itu.Kerana 'Guru' itu dilantik oleh Anak Murid! Akan timbul satu isu pula jika MMT boleh 'melantik' Guru.Lawaklah pula kalau anak murid yang melantik Guru.Besar betul kuasa anak murid ye din?

Pokoknya,soal mandat perguruan berada pada Tuan Guru sekarang ini.Itu yang kita maklum.Benarlah Tuan Guru mengatakan hanya Allah s.w.t dan Beliau sahaja yang berhak dalam menentukan soal mandat perguruan.Beliau tidak merapu bila mengatakan dan mempertahankan perkara ini.Tidak seperti Ishak Itam yang 'kononnya' hendak menpertahankan mandat gurunya akhirnya menyimpang merapu menyebut tentang 'guru persalinan roh'.

Tetapi kata-kata Tuan Guru itu dianggap salah juga oleh puak-puak penentang ini kononnya Tuan Guru bongkak dan angkuh.Apa yang dikatakan adalah KENYATAAN,bukannya dongengan! Untuk MENYEDARKAN KALIAN yang semakin LUPA DIRI! Sesiapa jua tidak wajar sama sekali mempertikaikan mandat perguruan,apatah lagi berangan-angan hendak 'melantik' Guru dan sekali gus hendak 'menjadi' guru SEBENARNYA!

Kita tidak akan bosan-bosan menyeru.Cukuplah.Sudah-sudahlah.Lihatlah angkara puak-puak penentang,berantakan pergerakan ini.Kelam-kabut jadinya.Gara-gara percayakan FITNAH BUDAK 16 TAHUN,sekali lagi diulang 16 TAHUN, perjuangan suci ini dipalit dengan 'najis - najis' kalian yang terlalu lama menyimpan hasad dan dendam menahan "qada' hajat".Sudahlah.Jika tidak mahu berhenti mengacau,eloklah keluar.Lantiklah siapa-siapa pun sebagai guru,nescaya jalan yang Hak tetap akan Benar.Yang palsu tetap akan menjadi Batil.

Nota kaki: Apa muslihat si din menyuruh linda menarik balik statement di blognya?Pada saya penulisan linda itu sedikit sebanyak ada benarnya juga cuma tang mengulas 'karier' Cikgu Rauhi dan Pak Abu Hamid saya kurang setuju tetapi yang lain itu ada jugak benarnya.Si linda pun 'kononnya' lah dengan rela hati menarik balik statement.Sandiwara apa ini?Hehe..

Cuba lihat posting si din dalam Baju Korporat , Songket CH ditulis pada hari apa (dia sedar hari itu hari jumaat,sebab berulang-ulang kali di sebut) dan jam berapa?Dah dua kali dah kau kantoi din.Kot ye pun ghairah sangat atau kot ye pun la kau ni memang jenis tak gheti,janganlah dedahkan sangat.Cakap pasal agama konon pandai! Pigi daa..

17.12.06

Dakyah dan Propaganda

Dalam tempoh 2 minggu ini,blog anti-fitnah ini lebih banyak memerhati dari mengulas kenyataan-kenyataan sampah puak penentang.Apa yang dapat disimpulkan ialah, puak-puak penentang kini menggunakan strategi MEMPERTIKAIKAN salasilah perguruan.

Bukan sahaja mandat perguruan pada Tuan Guru sahaja yang dipertikai malah mandat perguruan yang 'ustad' Ak terima dari Almarhum Ustaz pun turut DIPERTIKAI!

Bila membaca tulisan si din dan si badan besar, kita rasa macam kelakar sebab perkara-perkara yang tak perlu dibangkitkan,tiba-tiba diPERTIKAIKAN.Sedangkan selama ini mereka yang menentang ini jugalah yang menggunakan SALASILAH PERGURUAN ini. Tetapi mengapa secara tiba-tiba FAKTA yang telah sekian lama (20 tahun!) diterima pakai tiba-tiba hendak dipertikaikan?

Kenapa baru sekarang hendak mempertikaikan mandat yang diterima oleh 'ustad Ak' dari Almarhum?

Ini semua tidak lebih dari hendak menghasut dan memesongkan kefahaman ahli-ahli lain dari FAKTA yang telah diterima pakai sejak 20 tahun yang lepas. Tujuannya satu,iaitu untuk mendakwa yang Tuan Guru 'tidak' mempunyai mandat yang Sah dari Almarhum!
Lalu di benak minda ini terfikir juga, kenapa baru sekarang?Kenapa semasa 'ustad Ak' datang menuntut mandat perguruan, tidak kita dengar langsung pertikaian waktu itu?Kenapa ahli-ahli Majlis Pemuafakatan dan Penetapan (MMT) waktu itu (yang sekarang ini cuba menghasut) tidak mempertikaikan tuntutan 'ustad Ak'?

Ini semuanya taktik puak-puak penentang.Tujuan mempertikaikan mandat yang diterima dari 'ustad Ak' tidak lain tidak bukan adalah hendak menTIDAKkan HAK Tuan Guru sebagai Pewaris dan Guru yang SAH. Dengan menyebarkan DAKYAH dan PROPAGANDA jahat ini, maka dengan mudahlah mereka hendak meneruskan agenda mereka yang seterusnya.

Kita jangan hairan atau pelik sekiranya ada di kalangan ahli-ahli lama puak penentang selepas ini mengatakan mereka ada menerima mandat perguruan dari Almarhum.Kita jangan terkejut andai kata genap 21 tahun kembalinya Almarhum ke Rahmatullah, muncul individu yang mendakwa 'hak' guru ada padanya,kononnya diterima dari Almarhum.Mulalah direka-reka cerita demi memuaskan tembolok dan serakah sendiri.Kita janganlah terperanjat ANDAI perkara ini berlaku.

Kerana mereka ini benar-benar 'desperate' sekarang ini.Habis ligat kepala hotak berputar memikirkan cara dan strategi seterusnya. Apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?Cepat puak-puak penentang, dateline (EGM) mungkin sudah semakin hampir menyapa.

Sudah-sudahlah.Cukuplah kalian merosakkan tali persaudaran,kepercayaan,kasih sayang dan ukhwah sesama ahli.Cukuplah kalian memfitnah Tuan Guru dan Keluarga Almarhum.Berhentilah dari menyebarkan rasa benci dan hasad di kalangan ahli.Kita tahu kalian berusaha untuk meretakkan hubungan sesama ahli-ahli yang setia bersama Tuan Guru.Cukuplah.Bak kata si badan besar sendiri,kembalilah pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk renungan kita; (Di copy dari komen Murid Tuan Guru, terima kasih)

[11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

[12] Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

[13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

[14] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

[15] Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

[16] Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

[17] Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[18] Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya) ; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[19] Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

[20] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta) .

(Surah An-Nur:Ayat 11-20)